Arus media perdana jarang memaparkan kisah beliau kerana mungkin perbezaan jantina, yang mana majoriti pelabur dari dahulu hingga kini adalah golongan lelaki. Walaubagaimanapun, terdapat seorang wanita yang telah berjaya membuktikan bahawa jantina bukan halangan untuk berjaya dalam bidang ini. Beliau yang kami maksudkan adalah Anne Scheiber. Beliau lahir pada 1 Oktober 1893 dan meninggal dunia pada 9 Januari 1995 pada usia 101 tahun. Pada asalnya beliau bekerja sebagai juruaudit di Internal Revenue Service atau IRS. Kalau di Malaysia, organisasi mengutip cukai seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Beliau telah menggemparkan dunia pelaburan dengan mengaplikasikan strategi pelaburan yang lain daripada yaang lain. Anne Scheiber yang tidak pernah menerima gaji sebanyak USD4,000 setahun sepanjang hayatnya, namun beliau berjaya mencipta keuntungan sebanyak USD22 juta. Jom kita ikuti kisah menarik beliau. Kehidupan Awal Anne Scheiber dilahirkan di New York dan membesar dengan 9 orang adi...
Website Saham Online Indonesia